HARGA BIASA RM48.00
PROMOSI RM43.00
AHLI RM40.00
MSG/WASSAP
0142182588
Pengambilan makanan adalah penting untuk memenuhi keperluan
tumbesaran dan mencapai kesihatan yang optimum. Bagi seseorang Muslim,
mengambil makanan adalah untuk meneruskan kehidupan sebagai hamba Allah.
Oleh yang demikian, makanan yang baik bukan sahaja mengambil kira
kandungan zat yang ada di dalam makanan tetapi juga dari segi
penyediaan, pengendalian dan sumber yang halal dan bersih.
Terdapat beberapa makanan yang boleh dikatakan istimewa kerana
disebut di dalam al-Quran. Antara makanan tersebut adalah seperti
kismis, buah delima, kurma, habbatus sauda, madu, dan buah zaitun.
Makanan-makanan ini mengandungi khasiat dan kelebihan-kelebihan yang
tersendiri dan telah dibuktikan secara klinikal. Kini, muslimin dan
muslimat dapat menikmati makanan-makanan hebat ini di dalam satu pakej
makanan yang lengkap.
Gabungan 7 Ekstrak Penting di dalam Susu Kambing Anugerah.
Susu Kambing Anugerah diperkaya susu kambing dan nutrien-nutrien penting seperti:
- Kismis – membekalkan tenaga segera, meningkatkan daya ingatan dan mengimbangi tahap kolesterol.
- Habbatus sauda – mampu meningkatkan sistem imunisasi badan dan mengurangkan keradangan dan pembentukan sel-sel tumor.
- Ginkgo Biloba –menajamkan fikiran dan meningkatkan pengaliran oksigen ke otak.
- Gam Arab – mampu menstabilkan kontraksi usus kecil, mengurangkan masalah sembelit dan cirit-birit.
- Delima – bertindak sebagai anti-oksidan dan melawan radikal bebas di dalam badan.
- Kolagen – bahan aktif untuk awet muda, mengurangkan geseran antara tulang sendi dan menajamkan penglihatan.
- Biji aprikot – mengandungi vitamin B17 yang mampu merawat dan mencegah kanser.
Khasiat Susu Kambing Anugerah juga banyak. Ia diperkaya dengan
kalsium, potassium, riboflavin dan vitamin B. Ia boleh membantu
mengurangkan masalah bronkitis, asma dan rheumatism.
Ia juga boleh membantu penghidap insomnia dan demam kuning,
menguatkan tulang dan gigi, mengimbangi tekanan darah dan fungsi jantung
dan memberikan tenaga.
Ia mempunyai kandungan protein yang lebih tinggi daripada susu lembu dan hampir menyamai susu ibu.
Ia juga amat sesuai untuk mereka yang alah kepada susu lembu dan lebih mudah dicerna oleh badan.
Kombinasi pengubatan Islam untuk kesejahteraan jasmani dan rohani.
Apa yang lebih menarik adalah Susu Kambing Anugerah ini telah
didoakan dengan bacaan 30 juzuk al-Quran dan doa-doa pilihan untuk
memastikan para pengguna dapat menikmati mukjizat al-Quran di samping
mengekalkan kesihatan yang baik.
Dengan menggabungkan kaedah pengubatan Islam, Susu Kambing Anugerah adalah makanan kesihatan yang lengkap. Antara ayat-ayat dan doa-doa khusus yang terkandung di dalam Susu Kambing Anugerah ini:
- Bacaan 30 juzuk al-Quran
- Surah al-Fatihah
- Surah al-Baqarah
- Surah al-Qadr
- Surah as-Saffat
- Surah al-Qamar
- dan doa-doa terpilih
Tertib penggunaannya adalah sebelum minum, baca selawat 3 kali,
kemudian baca surah al-Fatihah, baca La Hawla Wala Quwwata Illa Billah.
Akhir sekali niat kepada Allah untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi.
Dengan kombinasi nutrisi yang unggul di dalam Susu Kambing Anugerah,
tidak syak lagi ia adalah minuman yang lengkap untuk keperluan harian
anda.
Kita harus yakin bahawa segala doa dan hajat akan ditepati dengan
izin Allah S.W.T. Kita hanya berikhtiar, hanya Allah sahaja yang
menentukan. Adakah anda sudah mendapatkan Susu Kambing Anugerah?
Bagaimana rasanya?
No comments:
Post a Comment